Friday, September 4, 2009

030309 - Berbuka Puasa at HR Steak House, Kpg Baru...

Ramadhan kali ini aku terasa sedih sekali mungkin sebab ini adalah ramadhan yang terakhir untuk berbuka puasa bersama-sama dengan kawan-kawan di uniKL. Thanks god, seperti ramadhan yang lepas ramadhan kali ini juga aku tidak ketinggalan untuk berbuka bersama-sama dengan mereka lagi buat kali yang ke-2 ramadhan. Harap, ramadhan yang akan datang kita boleh berbuka puasa bersama-sama lagi walau keadaan masa itu kita semua bukan lagi status sebagai students uniKL. Terima kasih hajar, alif, azie, azni dan juga special thanks for my lovely sister (ateh). Aku memang suka berbuka puasa dengan kamu semua...(^_^).


Nota Kaki:
xberkesempatan lagi berbuka puasa dengan seseorang yang membuatkan hidup aku....


Sunday, August 30, 2009

10 Rahsia Untuk Hidup Indah...

1. CINTA
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

2. RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let’s get do it.

3. BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.

4. BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.

5. FORGIVENEES
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. BERBAGI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, curhat sama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.

7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

9. KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka.

10. KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal.

Nota kaki:
Info dari 1001 rahsia diri...

Wednesday, August 5, 2009

Tazkirah...

Antara kata-kata hikmah Luqman :

Wahai Anakku!
Janganlah engkau menjadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan yang berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan engkau masih berbaring di katilmu.

Wahai Anakku!
Sesungguhnya emas diuji dengan api. Hamba yang soleh diuji dengan bala. Apabila Allah kasih akan sesuatu kaum, Dia menguji mereka, maka sesiapa yang redha dia akan memperoleh keredhaan dan sesiapa yang marah maka dia akan memperoleh kemurkaan.

Wahai Anakku!
Jauhilah kamu dari sifat malas dan jemu kerana apabila kamu malas tidak menunaikan kewajipan dan apabila kamu jemu tidak sabar atas kebenaran.

Tuesday, August 4, 2009

Kenapa Aku Gembira...

Insyaallah, aku harap ini adalah semester akhir bagi aku...(sentiasa berdoa kepada-Mu, segala perjalanan aku diberkati dan dipermudahkan).

Aku baru dapat laptop (DELL pink color) yang selama ini aku idamkan selepas camera CANON 450D. Selama aku sambung degree,aku meraih simpati guna laptop adik aku...(ada pc,beli masa diploma tp lembab giler...x di upgrade!). Support by... (^_^)

Semakin hari, aku menjadi lebih matang untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Jika dahulu (masa diploma),kecil atau besar dugaan dengan kawan-kawan sekeliling...aku sentiasa menangis dan mudah give up tetapi sekarang aku berfikir bahawa ada perkara lain yang lebih penting dari memikirkan masalah yang datangnya dari pemikiran dan attitude budak-budak...

Aku gembira kerana aku boleh berfikir untuk mencari dan menilai kawan-kawan yang baik untuk diri sendiri atau pun tidak...(ramai kawan, banyak jugalah ragamnya! ).

Aku gembira kerana di belakang aku adanya family aku dan juga si dia yang sentiasa mewarnai dan menyinari kehidupan aku...

Nota Kaki: Happiness is not something you have in your hands, it’s something you carry in your heart...

Sunday, July 26, 2009

Silapkah Aku...

Kenapa kita sering kali tersilap memilih kawan?
Kenapa, kenapa dan kenapa…
Adakah untuk mengajar kita tentang erti kehidupan? Kawan itu perlu atau tidak…kalau perlu, perlu yang bagaimana untuk kita…
Adakah untuk menambahkan koleksi kawan-kawan yang tidak berguna. Like rubbish
Adakah juga untuk menjadi kepentingan kepada orang lain yakni orang yang berkawan dengan kita hanya take advantages kepada kita?
Sekarang ini, terlau banyak soalan-soalan yang sedang berlegar di kepala aku tentang entry kali ini…


Dalam hidup, kawan yang bagaimana untuk kita?
Macam-macam yang kita kenali sepanjang perjalanan hidup ini…sebelum, sekarang dan akan datang. Bermacam-macam jenis ‘kawan’ yang kita sudah jumpa, tengah jumpa dan akan jumpa nanti…
Untuk aku, berdoa supaya dikurniakan kawan yang ikhlas dan aku juga ikhlas terimanya sebagai kawan

Nota Kaki: Sentiasa berwaspada bila kita berkawan… aku hanya khilaf yang kerdil di muka bumi ini, sentiasa melakukan kesilapan-kesilapan apabila berkawan tetapi aku tetap bersyukur kerana kawan-kawan yang aku perlukan untuk berkawan… terima aku seadanya. Alhamdulillah…thanks god!

Friday, July 24, 2009

Final Photography Last Semester 01/2009 - Advertising

Tropicana Twister Orange without model.
Picture 1

Picture 2


Tropicana Twister Apple with model suggestion by En. Ahmad Fahmi.
Picture 3

Picture 4

Kalau anda lihat gambar-gambar diatas, tidaklah sempurna mana sebab setiap gambar mempunyai sedikit kekurangan.
Misalnya:
Pertama, eye drop untuk picture 1 nampak tidak real.
Kedua, salah seorang model lelaki berambut panjang (long hair). Tidak sesuai untuk picture advertising (negative effect).
Lastly, aku betul-betul lupa nak spraykan air (nak nampakkan fresh) kat gelas yang ada air orange tu...hihihi

Nota Kaki: Walaupun apa pun, dari kekurangan itulah kita belajar untuk memperbaiki segala kelemahan yang kita ada. To be a better person in photography...insyaallah

Bosan

Pagi-pagi aku sudah bangun. Ramai yang beranggapan, kalau hari jumaat adalah hari yang best sebab masing-masing tidak sabar untuk cuti pada keesokkan harinya (sabtu). Tapi, bagi aku untuk hari ini adalah sangat membosankan sebab aku tiada class (sehingga akhir semester 07/2009) dan hanya duduk bertemankn Game FB + Songs + Blog + ect = :-). Rasanya nak balik Sban time ini juga dan aku 1000x sanggup temankn ibu di rumah untuk menghilangkan kebosanan yang dah TAHAP DEWA ini.

Kenapa aku bosan?
Kalau aku kt Sban, aku dengan ibu boleh bercerita apa-apa sahaja. Hidup aku tidak bosan dengan adanya IBU.

Kalau aku kt Sban, aku boleh jalan-jalan, makan-makan dan enjoy!.

Kalau aku kt Sban, hati aku betul-betul girang walaupun aku mempunyai ayah yang sangat garang tetapi tidak pernah menghalang aku untuk buat apa yang aku suka asalkan tidak membuat perkara-perkara yang tidak elok.

Kalau aku kt Sban, aku tidak tahu kenapa aku terlalu GEMBIRA. Mungkin sebab, orang-orang yang aku sanyagi sentiasa close dengan aku.

Kalau aku kt Sban, aku tidak melihat ragam-ragam manusia di kotaraya KL ini. Sungguh meluatkan, membosankan, menyampah dan sebagainya…:-p

Kalau aku kt Sban, semestinya aku tidak akan BOSAN...

Nota Kaki: Walau macam mana pun, aku kena juga menghadapi segala macam ragam -ragam manusia di depan mata! Sungguh membosankan...